Monday, February 23, 2009

MELAMBATKAN PROSES PENUAAN MINDA




Assalammualaikum.wr

apa khabar teman semua? semoga luarbiasa baik dan satu hati..selamat hari baru..anda seorang yang hebat pada hari ini..matahari pun tersenyum kepada anda..lebarkan senyuman anda,,dan jangan sampai org disekeliling anda tahu yang mereka pun ada senyuman itu..huhu..

entri kali ini saya mengkaji mengenai perkembangan otak dari segi pemakanan dan amalan..semoga membawa maklumat kepada teman semua..
  • PERKARA YANG LEH TUMPULKAN MINDA
  • PERKARA MELAMBATKAN TUMPUL MINDA
  • MAKANAN UNTUK TAJAM MINDA SERTA EXPLAIN
  • AMALAN LAIN UNTUK TAJAMKAN MINDA
  • AMALAN PARA HAFIZ QURAN




PERKARA YANG LEH TUMPULKAN MINDA


  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam
PERKARA MELAMBATKAN TUMPUL MINDA

1) Main “Games”

  • Soduku,
  • chess,
  • crossword,
  • video games boleh membantu meningkatkan memori dan kelajuan minda. Ianya juga adalah Sehari dalam 30-60 minit pun cukup.

2) Meditasi

  • Meditasi ni kalau nak cerita memang banyak manfaatnya.
  • Tapi kalau orang Islam saya galakkan sembahyang adalah yang terbaik.
  • Lepas tu barulah buat meditasi.

3) Makanan minda

  • anda seperti kismis,
  • minyak ikan,
  • minyak zaitun dan
  • juga kekacang.

4) Belajar kemahiran baru

  • merangsang minda dengan memori dan
  • pergerakan yang baru.

5) Buat sedikit perubahan

  • Tukar rutin seharian.
  • Sebagai contoh mudah laluan ke tempat kerja.
  • Ianya akan membuatkan minda kita supaya lebih peka dan mula memberikan perhatian yang lebih.
MAKANAN UNTUK TAJAM MINDA SERTA EXPLAIN


1) MADU
  • Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.
  • Al-Quran mengiktirafkannya sebagai 'shifa'' iaitu penyembuh penyakit.
  • Manisan madu digelar 'Raja Ubat', dapat menyembuh kebanyakkan penyakit.
  • Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.
  • Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
  • Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
  • Rasullullah s.a.w bersabda, 'Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu'.
  • Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
  • CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
  • PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

2) KISMIS
  • Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
  • Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
  • CARA MAKAN :
  • i)Menghadap Kiblat
  • ii)Baca 'Bismillah' dan selawat ke atas nabi (3 kali)
  • iii)Baca doa penerang hati iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
  • v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
  • Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.
  • Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
  • Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat.
  • Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air.
  • Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
  • Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.
  • Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
  • CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangny a segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca 'Bismillah' dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
  • Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.
  • Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.
  • Sabda Nabi s.a.w, 'Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur'. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
  • Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
  • CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
  • Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w.
  • Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
  • Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, 'Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.'

8) DAGING BURUNG MERPATI
  • Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala.
  • Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori.
  • Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan.
  • Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
  • Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia.
  • Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular.
  • Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
  • Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
  • Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
  • Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
  • Terutamanya hati ayam dan lembu.
  • Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
  • Beberapa jenis kacang seperti
  • gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.
  • Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.
  • Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
  • Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN / KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
  • Sejenis bahan berambu merah.
  • Dimakan sedikit sahaja.
  • Dijual di kedai-kedai runcit India dan setengah kedai runcit melayu.

16) KEMENYAN PUTIH
  • (kemenyan serani/luban/ kundar)
  • Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
  • Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
  • Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
  • Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal.
  • Sabda Nabi s.a.w., 'Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal'. Baginda juga berkata, 'Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal. *kebanyakan restoran arab menyediakan ‘soup’ mereka menggunakan labu kuning.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
  • Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
  • Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
  • Juga membantu meningkatkan akal dan memori

AMALAN LAIN UNTUK TAJAMKAN MINDA

  • Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
  • Selalu makan makanan yang panas2
  • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
  • Selalu minum air masak
  • Selalu makan ulam2
  • Selalu mengamalkan pandangan hijau
  • Selalu bersenam
  • Selau menggunakan imajenasi otak
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  • Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
  • Jangan ego
  • Jangan dengki pada orang lain
  • Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan makan makanan yang ada pewarna
  • Jangan makan makanan yang ada pengawet
  • Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
  • Jangan mandi selepas 9.00malam


AMALAN PARA HAFIZ


  • Cara hafiz makan ialah 7 biji badam dan 7 biji kismis 3 kali sehari.
  • jgn buat dosa,maksiat, dan jangan makan
  • makanan haram.
  • Sifat2 hasaddengki,
  • khianat,
  • dusta, takbur,
  • lagha,
  • mengumpat,
  • memfitnah,
  • sibuk dgn aib org,
  • makan harta riba,
  • makan hasil judi,
  • rasuah dan makanan yg tidak pasti halal haram nya adalh juga penyebab lemah daya ingatan.
  • Bukan mudah. Para hafiz juga tidak memakan makanan yg dah dilalui semut, Kenapa? Ikut pendapat mereka semut mengeluarkan sejenis enzim di mana2 tempat yg dilaluinya.Enzim ini cukup kuat dan cukup ditakuti oleh sel otak manusia. Maknanya kalau enzimnya dimakan, otak boleh 'terdelete' semua yg ada di dlmnya.