Friday, February 20, 2009

ULTRAMAN FEVERET MASA KECIK DULU


Assalammualikum.wr

hari cuti memang seronok..lagi2 xde assignment yang serabut kan kepale..

enti kali ini ingin membincangkan pengaruh telivision barat yang membawa kesan kepada minda anak kecil..

ingin dikupaskan adalah rancangan

ULTRAMAN : KENAPA ULTRAMAN KURANG MERBAHAYA

  • Ultraman memang memberikan kesan kurang baik, menyebabkan anak-anak berfantasi sesuatu yang tidak wujud. Tetapi kesan ini akan hilang sama sekali setelah meningkat usia remaja, kerana secara automatik mereka akan tahu Ultraman tidak wujud. (Atau ada sesiapa pembaca yang ‘beriman’ dengan kewujudan resaksa?).Berbanding dengan budaya hiburan, gelek-gelek, bercakap merapu dan budaya hedonisme; ia akan terus berkekalan membentuk kepribadian sehinggalah dewasa, selagi mana tidak dibendung.(TOM TOM BAK)

  • Siri Ultraman tidak akan mempengaruhi anak dalam proses mencipta masa depan dan kepribadian mereka. Hanya sekadar ‘keganasan’ sedikit semasa anak-anak. Mereka tidak akan terdorong untuk menjejaki langkah pasukan penentang raksaksa, kerana ia adalah mustahil. Sebaliknya, anak-anak jika cenderung menjadi penyanyi, pelawak, pelakon penggelek, dan perapu; kebanyakan mereka akan malas belajar, hilang tumpuan dalam kelas, tiada estim diri dalam bersekolah, hilang daya usaha mengulangkaji pelajaran, dan malas untuk berfikir. Mereka lebih suka menyanyi, mendengar radio, menonton TV, bersembang dan merapu, membaca komik, mempunyai estim diri yang kuat untuk ‘beraksi’ di pentas. Ini boleh dikaitkan dengan Teori Expectancy, iaitu motivasi untuk melakukan sesuatu akan wujud jika seseorang itu nampak kemungkinan untuk melakukan sesuatu. Jika mustahil, maka mereka tidak terdorong untuk melakukannya.

  • Adakah anda perasan, seorang ibu lebih risau jika anak mereka menonton aksi ganas menggunakan pisau, berbanding dengan aksi ganas menggunakan mesin gun, bukan begitu? Lebih-lebih lagi jikalau aksi tersebut menggunakan pisau dapur, dan adegan itu tentang seorang budak menikam-nikam adiknya. Adakah anda akan membiarkan anak anda menyaksikan adegan itu? Sama sekali tidak, bukan begitu? Tetapi bagaimana kalau adegan dalam CSI apabila Horatio menembak penjahat yang sedang memegang M16? Kedua-duanya adegan membunuh, pistol lebih merbahaya, tetapi adegan mana yang lebih merosakkan anak kita?


KESIMPULAN YANG TERSIMPUL

Sebab itulah Ultraman lebih baik berbanding dengan rancangan hiburan kanak-kanak yang melampau. Bolehkah anda senaraikan di sini rancangan hiburan kanak-kanak yang anda rasakan boleh merosakkan psikologi anak-anak?


p/s=paling power n ganas pun time fire memfire.time sekolah rendah mesti gila dengan teknik2 memfire kat umah ..termasuk dalam skil bila main dengan adik..tapi ok la..time dah sekolah menengah xder la plak ilmu otomen kat kelas ..hehehe

No comments:

Post a Comment